Nov 5, 2011

Selamat Hari Raya Idul Adha.


Hiiiiiii, assalamualaikum semua :) Harini ada idea nk update blog sebabnya esok raya hehe. Ok...esok Ahad, 6 November bersamaan dgn 10 Zulhijjah ialah dimana kita sebagai orang Islam akan melakukan korban/penyembelihan pada Hari Raya Idul Adha ataupun Hari Raya Qurban. Wajib bagi kita sebagai seorang muslim melakukan sembelihan terhadap binatang yg halal dimakan ok. Wahhh pandai saya *tepuk tgn sndiri*

This day sangat istimewa dan memorable kerana mempunyai cerita disebaliknya. Kisah ini terjadi waktu zaman nabi terdahulu yg kita sebagai makhluk Allah didunia yg serba naif disisi Allah ini belum lahir lgi. Ia mengisahkan Nabi Ibrahim yang telah menyembelih anaknya sendiri iaitu, Ismail. Ini atas wahyu yang diterima oleh Nabi Ibrhaim sendiri daripada Allah SWT dan oleh itu wajib dituruni.

Ismail dengan merelakan hati menyuruh bapanya, Nabi Ibrahim menyembelih dirinya atas sebab disuruh oleh Yang Maha Esa. Selepas Nabi Ibrahim menyembelih Ismail, dia dan isterinya, Siti Hajar terkejut kerana yang disembelih itu bukanlah anaknya tetapi seekor kibas (sejenis kambing juga). Begitu besar kuasa Allah. Mereka bersyukur walaupun Ismail yg harus disembelih tetapi Allah tidak menyeksanya dgn menukarkannya kepada seekor kibas.

Dan seterusnya............. *malas nk menaip hehe* Itulah kisah yang terpaut dalam Hari Raya Qurban ini. Ia bagi mengingati kisah seorang bapa dan anak yang sanggup melakukan apa sahaja dengan alasan kerana Allah SWT. Begitu meruntun jiwa. Nahhh sebab tulah kita diwajibkan menyambutnya dengan menyembelih binatang yang HALAL sahaja. Wajib ye kawan, wajib

Dan tak begitu sangka yang saya boleh menceritakan dengan baik dan menaipnya dengan baik. Wahh saya sungguh berkebolehan haha ok dah cukup. Anyways, terima kasih! *tertiba. Alright, Dyla harap disepanjang raya qurban ni kita akan menjalaninya dengan baik, sejahtera dan diberkati olehNya. Jaga diri anda guys :)X                

Selamat Hari Raya Idul Adha.  



No comments:

Post a Comment